Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Mr. Syahdu
Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak berkongsi dengan kerja saya.

Projek saya yang terbaru dekat Impiana Hotel & Spa bersebelahan dengan KLCC. Projek network yang mengambil masa selama lebih dari sebulan walaupun dateline hanya di beri sebulan.

Kerja dah lama start; pada awal Januari tahun ni. Kerja-kerja seperti pembersihan rak network dan pemulihbaikan kabel-kabel yang berkaitan telah siap dilakukan pada Januari lalu. Ini termasuk penyusunan dan pelabelan dalam lebih kurang 500 bilik. Dalam proses itu juga ada barang yang telah hilang akibat kecuaian saya. Harap tidak berlaku lagi.

Sekarang ialah proses di mana switch utama akan di setup dan akan di migrate ke dalam guest network Impiana. Persiapan diperlukan seperti persediaan VLAN segmenting, DHCP relay dan sebagainya. Sebaik sahaja setup ini selesai, saya dan team akan teruskan dengan memasukkan distribution switch yang lain ke setiap riser room.

Di samping itu juga, saya dan team akan memulakan installation network agent untuk antivirus Kaspersky Business Space supaya semua PC akan nampak di Admin Kit. Tujuan PC boleh di akses di Admin Kit ialah kerana kesenangan administrator untuk mengemaskini antivirus dan boleh memantau semua PC yang bermasalah seterusnya menanganinya dengan mudah.

Rasanya selepas semuanya selesai kami bercadang untuk pergi berkelah sempena dengan penutupan projek ini. Lokasi akan di kongsi bersama selepas projek ini selesai.


<:3)~ cit, cit...
Tag: edit post
2 Responses
  1. Mummy Zaara Says:

    nk ikut g berkelah...huhuhuhu


  2. Mr. Syahdu Says:

    hehe..blom rancang lg..tgk la bln 3 ni ke nk wat..hikhik..


Post a Comment