Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
ToKeY
Assalamualaikum semua,

Malam ni saya teringin nak menulis blog ini memandangkan saya telah memikirkan sesuatu yang boleh mengganggu pemikiran saya pada masa hadapan. 

Saya cuma terfikir yang adakah saya telah mem buat keputusan yang terbaik untuk diri saya? Bila saya fikir balik, memang saya telah membuat keputusan yang sangat baik untuk diri saya. Tetapi bagaimana pula keputusan itu boleh mempengaruhi masa hadapan saya yang sememangnya telah pudar even sebelum saya berjumpa dengan wifey saya?

Saya bertanya lagi kepada diri sendiri, bagaimana dengan wifey jika suatu hari nanti saya mungkin akan pergi buat selama-lamanya? Ataupun wifey meninggalkan saya? Fikiran itu membuatkan saya menitiskan airmata tanpa sebab.

Kenapa secara tiba-tiba saya boleh terfikirkan hal2 sebegini? Semasa saya bersama wifey dan keluarga pergi dinner di sebuah restoran, tiba2 wifey bertanyakan kepada saya tentang cincin kahwin. Saya terkejut dan terlupa nak memberitahu lebih awal bahawa cincin tu hilang di tempat kerja. Apabila wifey dapat tahu, dia mcm kecewa dgn saya. Dari situlah saya mula berfikir yang bukan2. Bagaimana saya nak jaga wifey sedangkan cincin sendiri pun xboleh di jaga? 

Saya rasa malu utk berdepan dgn wifey tadi. Air mata masih lagi mengalir tanpa wifey mengetahuinya. Saya cuma memendam sahaja dengan harapan ia dapat berlalu begitu saja tetapi tidak berjaya. Saya cuma berharap wifey dapat memaafkan saya.

Wifey, saya ingin memohon kemaafan yang tak terhingga kerana telah mengecewakan wifey. Saya berharap perkara ini tidak akan menjejaskan hubungan kita sebagai pasangan suami isteri.

Maafkan hubby......

Sent from Samsung Android
Tag: edit post
4 Responses
  1. Mummy Zaara Says:

    ayg br jer baca entry b harini...tak sangka sampai macam tu sekali b pikir..pasal cincin tu ayg da lama maafkan b la...dun worry k..lepas ni kite sama2 bina rumah tangga kite sebaik mungkin..tambah lak dgn kehadiran anugerah dari Allah...insyaAllah kite akan bahagian hingga ke akhirnya..luv u dear hubby...


  2. Mummy Zaara Says:

    alamak..salah eja..*bahagia* la...hihi..jgn pikir negatif lg k...


  3. hurmm, wifey nya dah komen tu, jangan lah sedih2, fikir bukan2. huhu kalau husband hany, bagi dia, benda mcm ni dia tak berapa kesah. mmg la cincin tu kenangan kan, value tinggi kan, tapi kalau dh hilang nk buat cmne, lagipun kebahagian bkn semata mata brgantung pd cincin tu. hehe panjang lak ceramah ;)


  4. Mr. Syahdu Says:

    tq mzhany dgn teguran tu..ekceli dah ok dah..cincin tunang masih ada..so skang ni pakai cincin tu je..tq again..


Post a Comment