Assalamualaikum semua,
Hari ini sudah 22 minggu isteri saya mengandungkan anak kami. Tidak sabar rasanya nak menimang cahaya mata. Walaupun sudah 22 minggu tapi kami masih belum mengetahui jantina anak kami. Isteri saya yang sekarang berada di Sarawak ingin membuat ultra sound di semenanjung bersama-sama. Bertambah la rasa tidak sabar saya. Hehe.
Cuma saya berasa risau kerana masalah kesihatan isteri saya yang kadang-kadang batuk dan rasa seperti nak demam. Adakah simptom itu biasa bagi kalangan ibu-ibu yang mengandung? Apa yang saya tahu ialah pada masa ini si ibu akan berasa cepat letih dan sakit-sakit badan kerana menanggung beban yang berada dalam perut.
Saya bertambah risau bila mendengar rintihan isteri yang sering lenguh-lenguh kerana terlalu lama menaiki sampan untuk ke kuarters perumahannya. Mujurlah isteri ada membawa bantal bersama untuk dijadikan lapik.
Permohonan perpindahan pada April lepas tidak berjaya walaupun pada ketika itu isteri saya telah sarat mengandung. Bahkan isteri saya pernah berkata jika sesi April tidak berjaya dia akan membuat permohonan untuk mengajar di sekolah penjara. Saya sekeras-kerasnya tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Sayang kalau berhenti mengajar di sekolah biasa. Isteriku yang tercinta, bersabar la ye. Dugaan demi dugaan yang melanda. Kita tempuhi bersama.
Bulan September isteri saya akan memulakan tempoh cuti bersalin dan akan menetap di Tanah Merah, Kelantan. Mungkin saya akan bersama dengan isteri saya bila hampir sampai masa untuk bersalin nanti. Saya berharap hospital akan membenarkan saya masuk menemani isteri saya yang pada waktu itu akan berasa sakit yang teramat. Mohon permudahkan proses bersalin ini, InsyaAllah. Itu sahaja entri saya untuk hari ini.
Wassalamualaikum w.b.t.







wahai incek hubby..jgn risau..insyaAllah semuanya baik-baik saja di sini..tunggu i pulang nanti yer..
Amin..ok sayang..i tunggu u kt cni..